IBU.. EMAK.. UMMI.. MAMA..

IBU.. EMAK.. UMMI.. MAMA..

 

ketika Allah menciptakan seorang ibu,

dia mengadunkan dengan bahan yg istimewa & tahan lama..

Mata Ibu haruslah mempunyai kuasa yg bukan sahaja mampu melihat yg luaran..

tetapi lebih jauh mampu menafsir & membaca apa yg disembunyikan oleh si anak dibalik wajahnya..

Telinga Ibu haruslah mempunyai dimensi yg sangat kuat, yg dicipta daripada bahan yg xmudah terhakis..

telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata yg pedih yg dikeluarkan daripada anak2 yg dikandungnya itu..

Bahu Ibu pula dibina daripada bahan yg tidak terlalu keras & tidak terlalu lembut..

agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar..

Tangan Ibu juga dibina dengan bahan yg cukup kukuh..

agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka..

di Kelopak Mata si Ibu.. Allah menyediakan 1 lubang kecil untuk air matanya..

air mata itu adalah miliknya.. dan ia boleh mengalirkannya bila-bila pun yg dia mahu sambil mengadu pd Allah..

akan hal-hal yg melukai hatinya.. Air mata tika menahan derita daripada karenah anak-anak yg sering menyakitkan..

ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya..

Duhai Ibu yg membawaku ke dunia, aku ingin menyatakan betapa aku menyayangi & mencintai ibu selepas Allah & Rasullullah S.A.W. aku sgt ingin ibu mengerti bahawa aku sungguh mencintai ibu seperti aku mencintai syurgaku..

Ampunkan aku duhai ibu kiranya aku pernah membuatmu bersusah hati dengan kerenahku.. Ampunkan aku ibu jika bicaraku pernah mengguris hatimu.. Ampunkan daku ibu jika pernah aku mengingkari suruhanmu.. Ampunkan daku ibu jika sepanjang tempoh ini aku gagal menjadi anak yg terbaik buatmu.. gagal menjadi penyejuk mata & penawar hatimu.. Gagal membuat ibu berasa bahagia dgnku..

Pintaku agar Dia menyayangi & mengasihi Ibu seperti mana ibu menyayangi & mengasihiku sedari aku kecil.. agar Dia mencintai ibu lebih dari ibu mencintaiku.. Agar Dia memberikan ibu kebahgiaan lebih daripada kebahagiaan yg aku miliki.. Agar Dia membuat ibu tersenyum bahagia lebih daripada ibu membuatku tersnyum..

Ya Allah.. aku menyayangi dan mencintai ibuku kerana-Mu.. Tuhan.. Lindungilah ibu selalu daripada bahaya & dukacita..

selalulah Engkau ukirkan senyuman di wajah ibu.. supaya kutahu ibu sedang berbahagia dgn hidupnya.. Selalulah Engkau payungi ibu dalam rahmat & kasih sayang-Mu yg tidak bertepi itu..

Duhai ibu.. sayangmu kubawa ke Syurga.. Salam sayang penuh cinta dari anakmu yg kian dewasa..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: